Pada 29 Ogos 1957, "Duke dan Duchess of Cloucester " serta
anaknya Prince William telah tiba di Kuala Lumpur. "Duke of
Gloucester" adalah wakil kepada baginda Queen untuk hadir di upacara Hari
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ketibaan rombongan
Diraja Britain itu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur telah disambut dengan
meriah oleh para pegawai Inggeris dan kaum kerabat Diraja Melayu. Rombongan
Diraja Britain tersebut telah diperkenalkan kepada Raja-raja Melayu oleh Sir
Donalad Mac Gillivary, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
Rombongan Duke of Gloucester kemudiannya juga diperkenalkan kepada Tunku Abdul
Rahman yang merupakan bakal Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu yang
akan mencapai kemerdekaannya. Ketibaan wakil baginda Queen, Duke of Gloucester
pada hari ini dalam tahun 1957, adalah satu kenangan manis kepada rakyat Tanah
Melayu yang akan mencapai kemerdekaannya dan sebaliknya kenangan pahit bagi
Britain yang terpaksa merelakan Tanah Melayu merdeka dan bebas dari pengaruhnya.
Sumber : ARKIB
NEGARA MALAYSIA
No comments:
Post a Comment