Dalam kehidupan ini kita tak lari
dari menjalani peperiksaan. Tidak kira di sekolah atau kadangkala bagi
kenaikkan pangkat ketika bekerja. Malangnya tiada jalan pintas untuk kita
berjaya dan setiap orang harus melalui tekanan peperiksaan. Biarpun terdapat
segelintir individu yang mampu memperolehi keputusan mengkagumkan dengan hanya
sedikit usaha, kebanyakkan kita pula perlu belajar berhempas pulas bagi
memastikan keputusan di tahap memuaskan. Walaubagaimanapun dengan teknik yang
betul, kita semua mampu mendapat keputusan yang lebih baik dengan mudah.
Langkah 1 : Tentukan matlamat kamu
Mimpikan benda yang hebat dan cuba
jadikan ianya kenyataan. Jangan menetapkan matlamat yang senang kamu capai tapi
bertindak selangkah lagi ke hadapan. Walaupun selama ini kamu hanyalah pelajar
yang hanya mendapat B di dalam setiap subjek yang kamu ambil, jangan impikan
untuk berada di takuk lama. Naikkan jangkaan kamu untuk peperiksaan yang akan
datang. Fikirkan untuk mendapat A pula bagi semua subjek.
Percayai Diri Kamu.
Langkah pertama bagi mencapai
matlamat yang kamu telah tetapkan adalah dengan mempercayai diri kamu sendiri.
Selepas itu pastikan kamu cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat terbabit.
Walaupun kamu merasa ragu untuk mendapat A dalam kesemua subjek, jangan biarkan
usaha kamu berhenti.
Langkah 2 : Strategi
peperiksaan
Strategi merupakan tindakan yang di
ambil bagi mencapai matlamat. Tentukan bagaimana kamu mahu mencapai A di dalam
setiap subjek. Fikirkan cara pembelajaran yang berkesan yang dapat membantu kamu.
Sebagai contoh, gunakan soalan peperiksaan yang lepas apabila belajar untuk
Sejarah manakala lakukan latih tubi berterusan pula merupakan strategi kamu
untuk Matematik. Strategi kamu ini dapat membantu kamu untuk belajar secara
pintar tanpa memberikan tekanan yang berlebihan.
Langkah 3 : Lakukan strategi
kamu
Seperti yang saya katakana, tiada
jalan mudah untuk berjaya. Kamu perlu melakukan apa yang telah kamu rancang dan
lakukan ianya dengan konsisten.Ubah cara kamu yang salah.Kebanyakkan
pelajar kurang memberi tumpuan apabila guru mengajar. Mereka hanya menyalin
nota dan melihat nota terbabit apabila perlu sahaja. Sampai masanya kamu akan
mula lupa apa yang di ajar dan perlu mengulangkaji keseluruhan topik bagi
mengingatkan kamu tentang apa yang pernah kamu pelajari. Ini bukan sahaja
membuang masa, malahan menaikkan lagi beban kepada otak kamu untuk mengingati
banyak fakta. Oleh itu beri tumpuan ketika guru mengajar dan biasakan bertanya
soalan apabila kamu tidak faham. Biasanya guru akan memberikan tip-tip untuk
menguasai sesuatu topik dan jika kamu terlampau khusyuk menyalin nota
kamu mungkin akan terlepas tip-tip terbabit. Apabila kamu pulang ke rumah
pastikan kamu mengulangkaji subjek yang kamu telah pelajari pada hari tersebut
walaupun tiada kerja rumah. Ini bakal menguji pemahaman kamu dan jika ada yang
tidak kamu fahami maka bolehlah di ajukan kepada guru pada hari esok.
Langkah 4 : Taktik
mengulangkaji
Ketika ini kamu sepatutnya sudah
separuh berjaya di dalam mencapai matlamat kamu. Sekarang merupakan masa di
mana kamu harus sentiasa meningkatkan lagi kefahaman dan ingatan kamu terhadap
subjek yang di pelajari.Segarkan ingatan kamu.Beberapa minggu sebelum
peperiksaan bermula ada baiknya kamu mula membaca nota kamu semula. Pada tahap
ini kamu faham dan mengingati apa yang ada pada setiap topik. Mengingati benda
yang kamu fahami lebih mudah dari menghafal seluruh nota kamu. Proses
mengulang-ulang apa yang kamu baca amat penting. Lebih kerap kamu melakukan
sesuatu, lebih mudah ianya untuk kamu mengingatinya kerana ia telah tertanam
jauh di dalam diri kamu.Nota ringkas.Ketika ini kamu sepatutnya
mempunyai nota ringkas dan padat yang boleh kamu lihat untuk memastikan kamu
mengingatinya dengan betul. Pastikan kamu sentiasa melihatnya setiap hari dan 1
jam sebelum peperiksaan berlansung. Ianya bagus untuk memori jangka pendek
kamu.
Langkah 5 : Peperiksaan
Selepas semua kerja kuat dan usaha
yang kamu telah curahkan, kamu pastinya perlu menghadiri peperiksaan. Tidak
perlu merasa gementar kerana kamu telah bersedia untuk menghadapi saat ini.
Dengan pemahaman kamu terhadap setiap subjek, ianya pasti amat mudah bagi kamu
untuk menjawab soalan yang di ajukan.
Walaupun keraguan timbul di hati
kamu hapuskan perasaan gementar dan jawab dengan tenang. Pasti keputusan kamu
nanti akan mengejutkan kamu.
PERCAYA KAMU BOLEH!
Jangan mengalah kepada kegagalan dan
jangan mengalah sebelum kalah. Jangan dengar kata-kata yang bakal merendahkan
motivasi kamu dan teruskan sahaja usaha dalam mencapai matlamat kamu.
Sumber : http://oze.my/memoplusgold/bagaimana-untuk-cemerlang-dalam-peperiksaan/
No comments:
Post a Comment