Make History To Help Others

Make History To Help Others

Wednesday, 17 September 2014

Cara Mendapatkan A dan keputusan yang gempak

Tiada yang lebih menakutkan bagi pelajar selain peperiksaan dan ujian penting. Walaupun keinginan untuk belajar itu ada tetapi ia boleh menjadi sukar tanpa panduan yang betul. Adalah sangat penting untuk membina teknik pembelajaran yang baik di awal persekolahan kamu yang akan membantu kamu sepanjang persekolahan.

Langkah 1 – Cuba bertenang

Jika kamu tidak pernah ponteng kelas dan kamu sentiasa menyiapkan kerja rumah yang di bekalkan guru, kamu sebenarnya sudah mempunyai pengetahuan tentang subjek yang di pelajari. Pengetahuan ini akan membantu kamu di sepanjang ujian. Jangan panik kerana ia hanya menyebabkan keadaan kamu bertambah buruk. Kamu akan lebih tertekan dengan ketakutan kamu dan menghancurkan peluang untuk melakukan yang terbaik untuk peperiksaan. Jika kamu panik, tarik nafas sedalamnya dan lepaskan ia dan fikirkan kamu boleh melakukannya.
Kamu juga perlu menyedari bahawa kamu perlu belajar seawalnya. Segelintir orang belajar sehari sebelum peperiksaan dan mereka biasanya mengalami masalah untuk mengingati banyak informasi di dalam masa yang singkat. Malahan ingatan jangka panjang mereka juga tidak akan berfungsi dan mungkin menyebabkan ulangkaji terbabit sia-sia sahaja. Oleh itu belajar lebih awal dan pastikan kamu berehat selama 5 ke 10 minit setiap kali.

Langkah 2 – Tentukan topik yang penting untuk di utamakan

Kebanyakkan peperiksaan merangkumi topik yang tertentu dan kamu boleh menjimatkan masa untuk ulangkaji jika kamu tahu topik apa yang bakal di keluarkan. Tanya pendapat guru atau pensyarah kamu tetapi jangan pula abaikan topik-topik yang lain. Selain itu bentuk soalan juga perlu kamu kenalpasti supaya kamu dapat menyesuaikan diri dengan jawapan yang bakal kamu berikan. Lihat soalan-soalan daripada peperiksaan yang lepas.

Langkah 3 – Cipta satu jadual pembelajaran

Mungkin bagi kamu ianya tugas yang ringkas dan asas tetapi orang yang mempunyai jadual pembelajaran dapat belajar dengan lebih mudah. Malahan mereka mempunyai masa untuk berehat dan keluar bergembira. Apabila kamu membuat jadual pembelajaran, pastikan masa itu adalah di antara sekarang dan hari peperiksaan. Rancang masa kamu dengan bijak dan pastikan setiap setengah jam kamu belajar, kamu mengambil 10 minit rehat selepas itu.

Langkah 4 – Pilih cara pembelajaran

Cara pembelajaran termasuklah menggunakan warna, gambar atau peta minda. Sesetengah orang boleh belajar dan mengingati dengan lebih mudah melalui warna terpilih manakala sesetengah orang lebih mudah mengingati gambarajah. Gunakan cara yang berkesan bagi kamu  tidak kira pilihan yang mana. Tidak guna kamu membaca seluruh karangan jika kamu lebih mudah mengingati apabila melihat gambar. Ingat, setiap orang mempunya kesesuaian mereka sendiri jadi jangan meniru cara kawan kamu.
Gunakan alatan seperti kad bergambar untuk membantu kamu mengingat ataupun dengan menggunakan pen berwarna di nota kamu. Pastikan kamu belajar secara pintar dan bukannya berusaha membuta tuli.

Langkah 5 – Ambil nota

Mengambil nota dan bertanya soalan. Tidak pernah ada perkataan terlambat ketika bersedia untuk peperiksaan. Biasanya satu sesi akan di jalankan oleh guru atau pensyarah menjelang peperiksaan bagi mengulangkaji. Jika kamu telah membaca topik terbabit dan tidak memahaminya, tanya soalan. Jangan merasa malu kerana ini menunjukkan kamu belajar dan ingin berjaya di dalam peperiksaan.

Langkah 6 – Kumpulkan sumber

Buku teks, nota, sumber dari internet, rakan-rakan, guru dan mungkin juga ahli keluarga boleh menjadi sumber anda. Kerja rumah yang pernah di berikan oleh guru juga merupakan satu sumber untuk kamu pelajari.

Langkah 7 – Meminta bantuan

Tiada markah bonus sekiranya kamu melakukannya seorang diri. Rakan sekelas boleh menjadi bantuan yang sangat bagus bagi kamu. Selain itu kamu juga boleh meminta bantuan dari ibubapa atau adik-beradik ketika belajar. Kumpulan belajar merupakan salah satu cara yang sangat bagus untuk belajar. Kamu boleh berbincang, mencari idea baru dan menyelesaikan pelbagai soalan di dalam kumpulan itu. Tetapi, hati-hati ketika memilih ahli kumpulan supaya kamu tidak tersalah haluan.

Langkah 8 – Mengingati

Ingati sebanyak yang mungkin maklumat yang berguna. Kunci kepada kecemerlangan adalah dengan mengingati semua informasi yang berkaitan. Cari teknik atau cara yang memudahkan kamu mengingati seperti mnemonic, nota ringkas, peta minda dan sebagainya.

Langkah 9 – Selitkan waktu belajar

Walaupun pendek, ulangkaji yang di lakukan berulang kali lebih baik dari masa belajar yang panjang. Lihat nota ringkas kamu ketika menunggu bas atau ketika kamu bersarapan. Bacakan secara kuat informasi yang kamu ingin ingati ketika mandi ataupun bermain teka-teki ketika waktu makan tengah hari dengan kawan-kawan kamu.

Langkah 10 – Berikan diri kamu hadiah

Ini pastinya dapat membantu diri kamu untuk berusaha dengan lebih lagi. Untuk setiap tahap pencapaian berikan diri kamu hadiah bagi menghargai usaha yang telah kamu taburkan. Ia bukan sahaja dapat menggembirakan hati kamu malahan kamu juga akan rasa bersemangat untuk berusaha dengan lebih giat lagi.

Langkah 11 – Bersiap sedia untuk peperiksaan atau ujian

Pastikan kamu ada apa sahaja yang di perlukan sehari sebelum tarikh peperiksaa/ujian yang bakal kamu hadapi. Jika kamu memerlukan pensel 2B, mekanikal pensel atau kalkulator saintifik, pastikan ianya berfungsi dan sedia untuk di gunakan. Dengan bersiap sedia lebih awal kamu akan merasa yakin dan tidak kelam kabut pada keesokkan harinya. Pastikan juga jam loceng kamu telah di setkan supaya kamu tidak lambat untuk bangun. Jangan lupa untuk bersarapan sebelum kamu bergerak ke dewan peperiksaan juga.

Langkah 12 – Makan dengan betul

Nutrisi yang baik amat penting untuk mengingati. Jauhkan diri kamu dari makanan yang sangat manis dan berlemak seperti aiskrim dan biskut. Gantikan dengan snek yang sihat seperti badam ataupun yogurt. Kamu juga perlu minum air masak dengan lebih banyak.Selain itu pengambilan Memo Plus Gold setiap hari juga dapat membantu menguatkan Ingatan kamu supaya memudahkan kamu menjawab soalan.
Inilah antara perkara yang perlu kamu lakukan untuk mendapatkan  A di dalam setiap peperiksaan dan ujian kamu. Bersedia fizikal dan mental dapat memastikan kecemerlangan di dalam gengaman kamu.

Selamat Berjaya!

Sumber : http://oze.my/memoplusgold/cara-mendapatkan-bahagian-pertama/

No comments:

Post a Comment