Make History To Help Others

Make History To Help Others

Tuesday, 2 September 2014

BENDERA MALAYSIA TERBESAR

Pada 29 Ogos 1988, Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat telah melancarkan upacara menaikkan bendera terbesar di bangunan Angkasapuri sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke 31. Turut sama pada upacara tersebut ialah  Timbalan  Menteri  Penerangan,  Encik  Railey  Haji  Jeffrey  dan  Setiausaha  Parlimen  Kementerian,  Datuk  Haji  Dasuki  Haji  Ahmad  serta  pegawai tinggi  Kementerian.  Kira-kira 3,500  kakitangan  Kementerian  Penerangan hadir pada majlis tersebut dan bersama-sama menyanyikan  lagu ‘Bendera  Kita’. Pada  upacara  tersebut juga kira-kira  500 kakitangan  Kementerian  Penerangan  berpadu  tenaga  menaikkan  bendera  Ma aysia  yang  terbesar  pernah  dibuat  pada  ketika itu.  Bendera  raksaksa    berukuran  85.3  panjang dan  24.3  meter  lebar ini,  menggunakan 60 gulung kain  dan  telah  disiapkan  dalam  masa  dua minggu oleh beratus kakitangan pelbagai jabatan dalam Kementerian Penerangan. Dalam ucapan pelancarannya Datuk Mohamed Rahmat  menyatakan bahawa bendera ini adalah lambang semangat cinta dan setia kepada negara. Bendera ini dipasang di hadapan  bangunan  Angkasapuri  bersama-sama  dengan  logo dan tema Hari Kebangsaan 1988, “Bersatu”.  Sesungguhnya,  kesungguhan  yang  ditunjukkan  ini  melambangkan kecintaan  dan  kesetiaan  seluruh  warga  Kementerian  Penerangan  terhadap  negara.


Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

No comments:

Post a Comment