Pada
hari ini dalam tahun 1945, 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan
Melayu Kelantan telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan
Union. Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael
dengan Sultan Kelantan untuk menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union
yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama
dengan orang Melayu. Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai Hal
Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya.
hasilnya Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan bersetuju akan menyampaikan
bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael. Kemudiannya perarakan
tersebut menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan
Malayan Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan. Sesungguhnya
hari ini dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang
Melayu Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.
Make History To Help Others
Monday, 15 December 2014
15 DISEMBER 1945 : PERARAKAN MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment