" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
Make History To Help Others
Monday, 22 September 2014
" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
Apa itu Kolagen?
Jika anda semua perasan, produk
kesihatan dan kecantikan di Malaysia (dan dunia) sebenarnya mengikut trend.
Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini,
puff badan jadi mantap. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan. And bila dia
bosan dengan produk dan cara tertentu, dia akan berubah ke produk yang lain.
Yang terbaru, trend di Malaysia
(Mahupun dunia) adalah kolagen (Collagen).
Actually, kolagen ni benda yang lama. Amat lama. Cuma, bila aku buka mata sikit,
aku nampak orang di sekeliling aku dah mula bercakap pasal kolagen.
Apa Itu Kolagen Dan Kenapa
Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?
Well, kita semua tahu yang gegirl ni jenis nak nampak cantik dan mantap je
setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau
nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah
jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan
banyak drama.
Untuk pengetahuan anda, bila
seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada
dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan
bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya
adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari
kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan
kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.
Sebab itu lah ada makcik-makcik yang
pakai kolagen akan kata “Kolagen ni kasi awet muda wehh”. Sebenarnya, kolagen
ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila
anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan
kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah
hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la
kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.
Siapa yang Patut Makan dan Guna
Produk Kolagen?
Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen
bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. Like me and Lefsak.
Artis / celebrity
- Semua
manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah
ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.
Mangsa kebakaran
- Kolagen
amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.
Lelaki dan Wanita yang
nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang
itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You
will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.
Perempuan yang baru lepas
bersalin
-
Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.
Bekas pesakit yang ada masalah
kulit / parut
- Replace
the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.
Orang yang mempunyai masalah
tidur
- kolagen
bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply
collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90
minutes.
Orang yang mudah sakit
- Tingkatkan imunisasi badan
Sumber : theotherkhairul.blogspot.com
Apa Itu Pueraria Mirifica / Pueraria Lobata
Pueraria Mirifica atau Pueraria
Lobata adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya
dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa,
sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea).
Sekurang-kurangnya 76 sub-spesies Pueraria mirifica telah dikenal pasti secara
taksinomikal di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya didapati di Asia,
Australia, Afrika Utara dan Selatan, Amerika Latin dan Amerika Selatan.
Di Thailand, Ubi ajaib ini tumbuh di
hutan pada ketinggian 300 m -800 m dari aras laut dan hanya didapati
tumbuh di bahagian utara, barat dan timur laut sahaja, Bahagian tumbuhan ini
yang paling berkualiti ialah pada bahagian akar nya yang juga merupakan Ubi
pada tumbuhan ini, manakala para perkerja yang bertugas sebagai penuai pula
nistilah mendapatkan latuhan khusus daripada jabatan Perhutanan, Kementerian
Pertanian , Bangkok Thailand, ini bertujuan bagai mengawal kualiti ubi yang
akan dijual kepada pengedar yang berlesen.
Kajian tentang Erkeologi, pengedaran
dan juga penanaman Pueraria mirifica telah mula dijalankan oleh Jabatan Biologi
Unirversiti Chulalongkong, Bangkok , Thailand sejak tahun 1991 lagi, dan
sekarang menjadi tumbuhan kawalan di Thailand
Khasiat Pueraria Mirifica
/Pueraria Lobata
Pueraria Mirifica mempunyai kesan
seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai
herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi
untuk pembesaran serta penganjalan payudara.
Phytoestrogen yang terkandung dalam
Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis,
merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang
disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia
memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang
menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran
darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara
anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.
Pueraria Mirifica menyegarkan organ
dan tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam
menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara
semulajadi. Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol
yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin
kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga
menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti
yang diidamkan setiap wanita. Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi
bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil
penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada
saiz idaman.
Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan
sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas
daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu
dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.
Wednesday, 17 September 2014
7 Tips for management success
By: Susan M. Heathfield
An effective manager pays attention to many facets of management, leadership
and learning within organizations. So, it's difficult to take the topic of
"management success" and say that the following ten items are the
most important for success. I will, however, suggest seven management skills
without which I don't believe you can be a successful manager.
The most important issue in
management success is being a person that others want to follow. Every action
you take during your career in an organization helps determine whether people
will one day want to follow you.
A successful manager, one whom
others want to follow:
- Builds effective and responsive interpersonal relationships. Reporting staff members, colleagues and executives respect his or her ability to demonstrate caring, collaboration, respect, trust and attentiveness.
- Communicates effectively in person, print and email. Listening and two-way feedback characterize his or her interaction with others.
- Builds the team and enables other staff to collaborate more effectively with each other. People feel they have become more - more effective, more creative, more productive - in the presence of a team builder.
- Understands the financial aspects of the business and sets goals and measures and documents staff progress and success.
- Knows how to create an environment in which people experience positive morale and recognition and employees are motivated to work hard for the success of the business.
- Leads by example and provides recognition when others do the same.
- Helps people grow and develop their skills and capabilities
through education and on-the-job learning.
"
We will never know the real answer, before you try."
"If you want the respect of others, you must respect yourself first."
"If
you want the respect of others, you must respect yourself first."
Personal courage and conflict resolution at work
By : Susan M. Heathfield
Practicing personal courage is necessary if you want to really resolve
conflicts at work. It is much easier and much safer to ignore the necessary
conflict and play ostrich. Unfortunately, unresolved conflict tends to
escalate. It never really disappears because it simmers just below the surface.
Think of water that is coming to a boil. It burbles up in the pot sporadically
and then finally reaches the boiling temperature. At that point, a full blown
rolling, constant boiling is seen on the surface of the water.
Conflict behaves similarly. The water may
seem calm, but every once in a while, usually at the worst possible times, the
conflict burbles up to the surface once again. Unresolved conflict does not go
away; unresolved conflict can turn into a full boil at any time.
Many people are afraid of conflict
resolution. They feel threatened by it because they may not get what they want
if the other party gets what they want. Even in the best circumstances,
conflict resolution is uncomfortable because people are usually unskilled at
managing conflict. Finally, people can get hurt in a conflict and, at work,
they are still expected to work together effectively every day.
The Benefits of Conflict Resolution
This century's workplace makes conflict
resolution more important, but also, more difficult. Team or work cell
environments create more conflict as people with different opinions must choose
to work together, often in close quarters.
Empowering
work environments, in which the traditional
reliance on a manager to solve conflicts and make decisions, bring coworkers
into more frequent conflict, as they must work issues out for themselves.
Conflict resolution also:
- Causes people to listen to and consider different ideas.
- Enables people to increase their alternatives and potential paths.
- Results in
increased participation and more ownership of and commitment to the
decisions and goals of the group or person.
The goal of the people or the team is not
to eliminate conflict but to learn how to manage conflict constructively.
You've decided resolving the conflict is
more important than all of the reasons why people avoid conflict. Here are tips
to help you practice less scary, less intimidating, more effective and
successful conflict resolution, with an individual or a team.
Resolve the Conflict
- Create an
environment that is conducive to successful conflict resolution. Quiet,
private settings work the best. Agree prior to sitting down together that
the purpose of the meeting is to resolve the conflict. When you make this
agreement, all parties arrive prepared.
- Determine
what outcomes you'd like to see as a result of the discussion. A better
working relationship? A better solution to the problem? Increased
alternatives for successful projects? A broadened understanding of each
person's needs and wants? Thoughtful solutions and outcomes are infinite
if you are creative.
- Begin by allowing each party to express their point of view. The purpose of the exchange is to make sure both parties clearly understand the viewpoint of the other. Make sure each party ties their opinions to real performance data and other facts, where possible. This is not the time to discuss; it is the time to ask questions, clarify points for better understanding and truly hear the other's viewpoint.
- Agree on the difference in the points of view. You must agree on the problem together to begin to search for a solution. Often problems are simply misunderstandings. Clarification can end the need for conflict resolution. Try to focus on the issues, not the personalities of the participants. Don't "you" each other as in, "You always ...
- Explore and discuss potential solutions and alternatives. Try to focus on both your individual needs and wants and those of the other party. After all, if one party "wins," that means the other party "loses." People who feel as if they have lost, are not effective coworkers. They harbor resentment and may even sabotage your project or relationship. Make sure you discuss the positive and negative possibilities of each suggestion, before you reject any suggested solutions. Build a discussion that is positive and powerful for all parties.
- Agree on a plan that meets the needs of all parties and the organization. Agree on follow up steps, as necessary, to make the plan work. Agree on what each person will do to solve the conflict. Set clear goals and know how you will measure success.
- Do what
you agreed to do.
With more experience in conflict
resolution, you will grow more comfortable with conflict resolution. That's a
positive outcome for the workplace. It will foster idea generation, help people
get along, minimize negative behaviors and promote the success of all in placing
their attention where it belongs - on the customer.
Failure is a part of success
"Every
successful person must have a failure. Do not be afraid to fail because failure
is a part of success."
Bagaimana untuk Cemerlang dalam Peperiksaan
Dalam kehidupan ini kita tak lari
dari menjalani peperiksaan. Tidak kira di sekolah atau kadangkala bagi
kenaikkan pangkat ketika bekerja. Malangnya tiada jalan pintas untuk kita
berjaya dan setiap orang harus melalui tekanan peperiksaan. Biarpun terdapat
segelintir individu yang mampu memperolehi keputusan mengkagumkan dengan hanya
sedikit usaha, kebanyakkan kita pula perlu belajar berhempas pulas bagi
memastikan keputusan di tahap memuaskan. Walaubagaimanapun dengan teknik yang
betul, kita semua mampu mendapat keputusan yang lebih baik dengan mudah.
Langkah 1 : Tentukan matlamat kamu
Mimpikan benda yang hebat dan cuba
jadikan ianya kenyataan. Jangan menetapkan matlamat yang senang kamu capai tapi
bertindak selangkah lagi ke hadapan. Walaupun selama ini kamu hanyalah pelajar
yang hanya mendapat B di dalam setiap subjek yang kamu ambil, jangan impikan
untuk berada di takuk lama. Naikkan jangkaan kamu untuk peperiksaan yang akan
datang. Fikirkan untuk mendapat A pula bagi semua subjek.
Percayai Diri Kamu.
Langkah pertama bagi mencapai
matlamat yang kamu telah tetapkan adalah dengan mempercayai diri kamu sendiri.
Selepas itu pastikan kamu cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat terbabit.
Walaupun kamu merasa ragu untuk mendapat A dalam kesemua subjek, jangan biarkan
usaha kamu berhenti.
Langkah 2 : Strategi
peperiksaan
Strategi merupakan tindakan yang di
ambil bagi mencapai matlamat. Tentukan bagaimana kamu mahu mencapai A di dalam
setiap subjek. Fikirkan cara pembelajaran yang berkesan yang dapat membantu kamu.
Sebagai contoh, gunakan soalan peperiksaan yang lepas apabila belajar untuk
Sejarah manakala lakukan latih tubi berterusan pula merupakan strategi kamu
untuk Matematik. Strategi kamu ini dapat membantu kamu untuk belajar secara
pintar tanpa memberikan tekanan yang berlebihan.
Langkah 3 : Lakukan strategi
kamu
Seperti yang saya katakana, tiada
jalan mudah untuk berjaya. Kamu perlu melakukan apa yang telah kamu rancang dan
lakukan ianya dengan konsisten.Ubah cara kamu yang salah.Kebanyakkan
pelajar kurang memberi tumpuan apabila guru mengajar. Mereka hanya menyalin
nota dan melihat nota terbabit apabila perlu sahaja. Sampai masanya kamu akan
mula lupa apa yang di ajar dan perlu mengulangkaji keseluruhan topik bagi
mengingatkan kamu tentang apa yang pernah kamu pelajari. Ini bukan sahaja
membuang masa, malahan menaikkan lagi beban kepada otak kamu untuk mengingati
banyak fakta. Oleh itu beri tumpuan ketika guru mengajar dan biasakan bertanya
soalan apabila kamu tidak faham. Biasanya guru akan memberikan tip-tip untuk
menguasai sesuatu topik dan jika kamu terlampau khusyuk menyalin nota
kamu mungkin akan terlepas tip-tip terbabit. Apabila kamu pulang ke rumah
pastikan kamu mengulangkaji subjek yang kamu telah pelajari pada hari tersebut
walaupun tiada kerja rumah. Ini bakal menguji pemahaman kamu dan jika ada yang
tidak kamu fahami maka bolehlah di ajukan kepada guru pada hari esok.
Langkah 4 : Taktik
mengulangkaji
Ketika ini kamu sepatutnya sudah
separuh berjaya di dalam mencapai matlamat kamu. Sekarang merupakan masa di
mana kamu harus sentiasa meningkatkan lagi kefahaman dan ingatan kamu terhadap
subjek yang di pelajari.Segarkan ingatan kamu.Beberapa minggu sebelum
peperiksaan bermula ada baiknya kamu mula membaca nota kamu semula. Pada tahap
ini kamu faham dan mengingati apa yang ada pada setiap topik. Mengingati benda
yang kamu fahami lebih mudah dari menghafal seluruh nota kamu. Proses
mengulang-ulang apa yang kamu baca amat penting. Lebih kerap kamu melakukan
sesuatu, lebih mudah ianya untuk kamu mengingatinya kerana ia telah tertanam
jauh di dalam diri kamu.Nota ringkas.Ketika ini kamu sepatutnya
mempunyai nota ringkas dan padat yang boleh kamu lihat untuk memastikan kamu
mengingatinya dengan betul. Pastikan kamu sentiasa melihatnya setiap hari dan 1
jam sebelum peperiksaan berlansung. Ianya bagus untuk memori jangka pendek
kamu.
Langkah 5 : Peperiksaan
Selepas semua kerja kuat dan usaha
yang kamu telah curahkan, kamu pastinya perlu menghadiri peperiksaan. Tidak
perlu merasa gementar kerana kamu telah bersedia untuk menghadapi saat ini.
Dengan pemahaman kamu terhadap setiap subjek, ianya pasti amat mudah bagi kamu
untuk menjawab soalan yang di ajukan.
Walaupun keraguan timbul di hati
kamu hapuskan perasaan gementar dan jawab dengan tenang. Pasti keputusan kamu
nanti akan mengejutkan kamu.
PERCAYA KAMU BOLEH!
Jangan mengalah kepada kegagalan dan
jangan mengalah sebelum kalah. Jangan dengar kata-kata yang bakal merendahkan
motivasi kamu dan teruskan sahaja usaha dalam mencapai matlamat kamu.
Sumber : http://oze.my/memoplusgold/bagaimana-untuk-cemerlang-dalam-peperiksaan/
Cara Mendapatkan A dan keputusan yang gempak
Tiada yang lebih menakutkan bagi
pelajar selain peperiksaan dan ujian penting. Walaupun keinginan untuk belajar
itu ada tetapi ia boleh menjadi sukar tanpa panduan yang betul. Adalah sangat
penting untuk membina teknik pembelajaran yang baik di awal persekolahan kamu
yang akan membantu kamu sepanjang persekolahan.
Langkah 1 – Cuba bertenang
Jika kamu tidak pernah ponteng kelas
dan kamu sentiasa menyiapkan kerja rumah yang di bekalkan guru, kamu sebenarnya
sudah mempunyai pengetahuan tentang subjek yang di pelajari. Pengetahuan ini
akan membantu kamu di sepanjang ujian. Jangan panik kerana ia hanya
menyebabkan keadaan kamu bertambah buruk. Kamu akan lebih tertekan dengan
ketakutan kamu dan menghancurkan peluang untuk melakukan yang terbaik untuk
peperiksaan. Jika kamu panik, tarik nafas sedalamnya dan lepaskan ia dan
fikirkan kamu boleh melakukannya.
Kamu juga perlu menyedari bahawa
kamu perlu belajar seawalnya. Segelintir orang belajar sehari sebelum
peperiksaan dan mereka biasanya mengalami masalah untuk mengingati banyak
informasi di dalam masa yang singkat. Malahan ingatan jangka panjang mereka
juga tidak akan berfungsi dan mungkin menyebabkan ulangkaji terbabit sia-sia
sahaja. Oleh itu belajar lebih awal dan pastikan kamu berehat selama 5 ke 10
minit setiap kali.
Langkah 2 – Tentukan topik yang
penting untuk di utamakan
Kebanyakkan peperiksaan merangkumi
topik yang tertentu dan kamu boleh menjimatkan masa untuk ulangkaji jika kamu
tahu topik apa yang bakal di keluarkan. Tanya pendapat guru atau pensyarah kamu
tetapi jangan pula abaikan topik-topik yang lain. Selain itu bentuk soalan juga
perlu kamu kenalpasti supaya kamu dapat menyesuaikan diri dengan jawapan yang
bakal kamu berikan. Lihat soalan-soalan daripada peperiksaan yang lepas.
Langkah 3 – Cipta satu jadual
pembelajaran
Mungkin bagi kamu ianya tugas yang
ringkas dan asas tetapi orang yang mempunyai jadual pembelajaran dapat belajar
dengan lebih mudah. Malahan mereka mempunyai masa untuk berehat dan keluar
bergembira. Apabila kamu membuat jadual pembelajaran, pastikan masa itu adalah
di antara sekarang dan hari peperiksaan. Rancang masa kamu dengan bijak dan
pastikan setiap setengah jam kamu belajar, kamu mengambil 10 minit rehat
selepas itu.
Langkah 4 – Pilih cara
pembelajaran
Cara pembelajaran termasuklah
menggunakan warna, gambar atau peta minda. Sesetengah orang boleh belajar dan
mengingati dengan lebih mudah melalui warna terpilih manakala sesetengah orang
lebih mudah mengingati gambarajah. Gunakan cara yang berkesan bagi kamu
tidak kira pilihan yang mana. Tidak guna kamu membaca seluruh karangan jika
kamu lebih mudah mengingati apabila melihat gambar. Ingat, setiap orang
mempunya kesesuaian mereka sendiri jadi jangan meniru cara kawan kamu.
Gunakan alatan seperti kad bergambar
untuk membantu kamu mengingat ataupun dengan menggunakan pen berwarna di nota
kamu. Pastikan kamu belajar secara pintar dan bukannya berusaha membuta tuli.
Langkah 5 – Ambil nota
Mengambil nota dan bertanya soalan.
Tidak pernah ada perkataan terlambat ketika bersedia untuk peperiksaan.
Biasanya satu sesi akan di jalankan oleh guru atau pensyarah menjelang
peperiksaan bagi mengulangkaji. Jika kamu telah membaca topik terbabit dan
tidak memahaminya, tanya soalan. Jangan merasa malu kerana ini menunjukkan kamu
belajar dan ingin berjaya di dalam peperiksaan.
Langkah 6 – Kumpulkan sumber
Buku teks, nota, sumber dari
internet, rakan-rakan, guru dan mungkin juga ahli keluarga boleh menjadi sumber
anda. Kerja rumah yang pernah di berikan oleh guru juga merupakan satu sumber
untuk kamu pelajari.
Langkah 7 – Meminta bantuan
Tiada markah bonus sekiranya kamu
melakukannya seorang diri. Rakan sekelas boleh menjadi bantuan yang sangat
bagus bagi kamu. Selain itu kamu juga boleh meminta bantuan dari ibubapa atau
adik-beradik ketika belajar. Kumpulan belajar merupakan salah satu cara yang
sangat bagus untuk belajar. Kamu boleh berbincang, mencari idea baru dan
menyelesaikan pelbagai soalan di dalam kumpulan itu. Tetapi, hati-hati ketika
memilih ahli kumpulan supaya kamu tidak tersalah haluan.
Langkah 8 – Mengingati
Ingati sebanyak yang mungkin
maklumat yang berguna. Kunci kepada kecemerlangan adalah dengan mengingati
semua informasi yang berkaitan. Cari teknik atau cara yang memudahkan kamu
mengingati seperti mnemonic, nota ringkas, peta minda dan sebagainya.
Langkah 9 – Selitkan waktu
belajar
Walaupun pendek, ulangkaji yang di
lakukan berulang kali lebih baik dari masa belajar yang panjang. Lihat nota
ringkas kamu ketika menunggu bas atau ketika kamu bersarapan. Bacakan secara
kuat informasi yang kamu ingin ingati ketika mandi ataupun bermain teka-teki
ketika waktu makan tengah hari dengan kawan-kawan kamu.
Langkah 10 –
Berikan diri kamu hadiah
Ini pastinya dapat membantu diri
kamu untuk berusaha dengan lebih lagi. Untuk setiap tahap pencapaian berikan
diri kamu hadiah bagi menghargai usaha yang telah kamu taburkan. Ia bukan
sahaja dapat menggembirakan hati kamu malahan kamu juga akan rasa bersemangat
untuk berusaha dengan lebih giat lagi.
Langkah 11 –
Bersiap sedia untuk peperiksaan atau ujian
Pastikan kamu ada apa sahaja yang di
perlukan sehari sebelum tarikh peperiksaa/ujian yang bakal kamu hadapi. Jika
kamu memerlukan pensel 2B, mekanikal pensel atau kalkulator saintifik, pastikan
ianya berfungsi dan sedia untuk di gunakan. Dengan bersiap sedia lebih awal
kamu akan merasa yakin dan tidak kelam kabut pada keesokkan harinya. Pastikan
juga jam loceng kamu telah di setkan supaya kamu tidak lambat untuk bangun.
Jangan lupa untuk bersarapan sebelum kamu bergerak ke dewan peperiksaan juga.
Langkah 12 – Makan
dengan betul
Nutrisi yang baik amat penting untuk
mengingati. Jauhkan diri kamu dari makanan yang sangat manis dan berlemak
seperti aiskrim dan biskut. Gantikan dengan snek yang sihat seperti badam
ataupun yogurt. Kamu juga perlu minum air masak dengan lebih banyak.Selain itu pengambilan Memo Plus Gold setiap
hari juga dapat membantu menguatkan Ingatan kamu supaya memudahkan kamu
menjawab soalan.
Inilah antara perkara yang perlu
kamu lakukan untuk mendapatkan A di dalam setiap peperiksaan dan ujian
kamu. Bersedia fizikal dan mental dapat memastikan kecemerlangan di dalam
gengaman kamu.
Selamat Berjaya!
Sumber : http://oze.my/memoplusgold/cara-mendapatkan-bahagian-pertama/
PUSAT PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PUSPANITA (PUTRAJAYA) MULA BEROPERASI 25 OGOS 2014
PUSAT PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PUSPANITA akan beroperasi sepenuhnya mulai hari ini, 25 Ogos 2014. Ia akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang di di PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-
- pemeriksaan
fizikal
- pengambilan
darah untuk ujian makmal (glukosa, lipid)
- Saringan
pemeriksaan wanita dewasa
- ujian
saringan kesihatan mental
- pemeriksaan
kendiri pelbagai parameter fizikal menggunakan mesin
- pemeriksaan
ketumpatan tulang
- pemeriksaan
imbasan ultrasound umum
- pekhidmatan
perancang keluarga
- perkhidmatan
pra-kehamilan
- pemeriksaan
gigi
Pusat pemeriksaan ini dibuka
khas untuk SEMUA WANITA berumur 18
tahun ke atas sahaja. Sebarang urusan temujanji, boleh berhubung terus dengan PUSAT
PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PUSPANITA di talian 03-88881091 / 1090 atau no
faks 03-88881080.
PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG YANG PERTAMA
Pada 2 September 1957, DYMM Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama. Pertabalan ini diiringi oleh tembakan meriam 21 das dan nobat. Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang itu berlangsung di Balairong Seri Istana Negara dan dihadiri oleh lebih 500 orang jemputan khas termasuk Raja-raja Melayu, Sultan Brunei, Gabenor-gabenor Melaka dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet, tetamu-tetamu khas dari dalam dan luar termasuk Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen. Datuk Paduka Maharajalela kemudian membawa masuk sebuah Al-Quran, sebilah keris panjang Diraja, surat pengisytiharan dan surat sumpah untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Setelah menerima keris tersebut, baginda telah menghunus dan menciumnya sekali. Baginda kemudian membaca surat sumpah, setelah selesai Datuk Paduka Maharajalela pun menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali berturut-turut dan disambut oleh sekalian yang hadir. Seruan ini diiringi pula dengan permainan nobat tanda 'raja bertabal'. Setelah itu, surat pengisytiharan pertabalan Yang di-Pertuan Agong dibaca dan istiadat diakhiri dengan bacaan doa. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong pertama pada hari ini dalam tahun 1957 sesungguhnya telah melambangkan kebesaran dan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua negara, bagi semua negara yang berdaulat dan merdeka.
Sumber : ARKIB
NEGARA MALAYSIA
KEPUTUSAN MENERIMA PERCANTUMAN SINGAPURA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU OLEH RAKYAT SINGAPURA
Pada 2 September 1962, Kerajaan Singapura menerima keputusan undi terbanyak
dari rakyat yang menyetujui percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Pungutan suara ini dibuat berikutan dengan cadangan Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra untuk
mengadakan persefahaman antara Britain dan rakyat di Wilayah Singapura, Sabah,
Brunei dan Sarawak, pada Mei 1961.
Cadangan yang dikemukakan oleh Tunku
ini dikenali sebagai rancangan penubuhan Malaysia. Sehubungan dengan ini
beberapa persetujuan telah dicapai daripada perundingan-perundingan percantuman
yang diadakan, tetapi sebelum keputusan muktamad dibuat pendapat rakyat hendaklah
diperolehi. Keputusan pungutan suara yang diumumkan pada jam 11.15
di Dewan Badminton Singapura ini jelas membuktikan penerimaan rakyat Singapura
terhadap rancangan percantuman Singapura dan Tanah Melayu. Ia juga
bermakna Singapura memperolehi kemenangan cemerlang mengalahkan kaum komunis
dan penyokongnya yang menyeru rakyat memberi undi kosong kepada cadangan
tersebut.
Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew menyifatkan
keputusan ini sebagai ‘jelas dan muktamad’ daripada rakyat yang menghendaki
percantuman dalam Malaysia. Kaum komunis dan penyokongnya hendaklah
menerima kemahuan rakyat melalui undi yang bebas dan demokratik ini secara
terbuka walaupun kepada mereka ianya merupakan satu hakikat yang berat untuk
diterima. Encik Lee Kuan Yew juga menyatakan bahawa kerajaan telah
berusaha sedapatnya untuk menjamin kedudukan rakyat Singapura dan merasa
sukacita bahawa sebahagian besar rakyat Singapura menyokong usaha
tersebut. Dalam pungutan suara ini undi yang menyokong usul percantuman
kerajaan ialah 71% berbanding 23% undi kosong. Keputusan ini akan
dihantar kepada Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh 17
negara.
Setelah berbagai usaha diadakan Malaysia yang dianggotai oleh
Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan kewujudannya pada 16
September 1963. Malangnya, setelah melalui berbagai rintangan dalam
sebuah kerajaan dan pemerintahan, Singapura kemudiannya telah keluar dari
Persekutuan Malaysia di pertengahan tahun 1965 akibat tindak tanduk beberapa
orang pemimpin Singapura yang meletakkan perhubungan kedua negara dalam keadaan
tegang dan genting. Sessungguhnya pemberiaan hak rakyat untuk menentukan
kerajaan dan pemerintah yang mereka pilih akan menjadi tidak bermakna andaikata
sesetengah pemimpinnya bersikap tidak jujur di atas kepercayaan yang diberikan
oleh rakyat.
Sumber : ARKIB
NEGARA MALAYSIA
GST: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Sila klik pautan di bawah:
GST: Apa Yang Anda Perlu
Tahu olahan
Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Diharap ia dapat membantu
merealisasikan agenda nasional yang telah digariskan oleh kerajaan untuk
mencapai negara maju pada tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.
Batu Karang Penyakit Lelaki?
BATU karang adalah satu masalah yang kerap ditemui dan boleh berlaku kepada
setiap seorang daripada 10 orang.
Risiko untuk mendapat batu karang
adalah lima hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap
1,000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang.
Kejadian batu karang kerap berlaku
kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun.
Pabila berbincang berkenaan penyakit
batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah
lelaki.
Pelik tapi benar, berdasarkan
kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki
berbanding wanita.
Nisbah sebanyak tiga orang lelaki
bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah
batu karang.
Menurut Pakar Perunding Urologi
Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Suresh Sabaratnam, masalah batu karang lebih
cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka.
“Antara punca lelaki senang terkena
penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun
tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.
“Gaya hidup lelaki yang membuatkan
mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang
antara puncanya.
“Lelaki boleh dikatakan kurang
mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan
berlaku penghidratan.
“Malah, mereka kurang melakukan
senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat,” terangnya ketika ditemui baru-baru
ini.
Ujarnya lagi, ia tidak ada kaitan
dengan hormon masing-masing yang berbeza.
Ada kajian turut menyatakan lelaki
lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih
besar berbanding wanita.
Kerosakan pada tisu otot setiap hari
menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan
batu.
Saluran urin yang kompleks
berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut.
Sambung Dr. Suresh, apa yang penting
tidak kira lelaki atau perempuan perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang
lebih sihat.
“Namun, kebelakangan ini bilangan
wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan diet mereka,” ujarnya.
Risiko lain antaranya sejarah
keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan,
masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas.
Pekerjaan yang kurang melibatkan
pergerakan seperti kerja yang duduk sahaja di pejabat atau individu yang jarang
bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi.
Ini kerana aktiviti fizikal yang
terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Pencegahan dan rawatan
Jelas Dr. Suresh, batu karang adalah
masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan pada
gaya hidup.
Selain itu setiap orang juga disaran
menjalani tiga ujian mudah iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan
tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal terutamanya
mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap batu karang.
Melalui tiga ujian berkenaan,
perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal
dan boleh dirawat segera.
Bagi individu yang mengalami masalah
batu karang, anda digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air
kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.
Kekurangan vitamin B6 dan potasium
menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek,
berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang dapat mengatasi masalah ini.
Elakkan makanan kaya asid oksalik
seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
Kurangkan pengambilan garam dan gula
termasuk ikan masin, jeruk dan coklat serta banyak makan sayur-sayuran dan
buah-buahan kaya serat.
Sumber protein haiwan perlu
dikurangkan sebaliknya menggantikannya dengan protein tumbuh-tumbuhan.
Rawatan penyakit ini berbeza
mengikut keadaan kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka
ubat yang diambil dapat mengelakkan masalah ini berulang.
Apabila batu itu keluar, pesakit
hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian supaya para doktor dapat menentukan
punca terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan
perubatan.
Ditapis
Batu ini boleh ditapis melalui
kencing dengan penapis teh atau kertas turas seperti penapis kopi.
Batu karang asid urik dan systine
dapat dihancurkan melalui ubat-ubatan.
Dalam kes-kes yang lebih serius,
apabila batu itu terlalu besar untuk dikeluarkan sendiri dan memudaratkan
pesakit, pembedahan perlu dilakukan.
Penyakit ginjal ini memerlukan
rawatan sepanjang hayat dan jika ianya tersekat dan berlakunya perebakan kuman,
ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
“Ia adalah masalah biasa dihidapi
tetapi ramai yang tidak sedar mengenainya.
“Hampir semua hospital kerajaan dan
swasta di Malaysia mempunyai peralatan dan cara merawatnya.
“Jika anda mempunyai sejarah
keluarga yang menghadapi masalah batu
karang ataupun berdepan dengan tanda-tandanya, segeralah
bertemu dengan pakar,” saran Dr. Suresh yang turut merasakan rawatan alternatif
tidak baik untuk jangka masa panjang.
Sumber : MINGGUAN MALAYSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)