Make History To Help Others

Make History To Help Others

Monday, 15 December 2014

15 DISEMBER 1653 : PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA BELANDA DENGAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH DITANDATANGANI




Pada hari ini 15.12.1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Trujiman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan seperti ini pernah dibuat di antara Belanda dengan Sultan Perak sebelumnya, (1650). Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak masih lagi diawasi oleh pihak Belanda. Pihak Belanda telah menuntut ganti rugi daripada Sultan Mahmud Iskandar Shah kerana dalam tahun 1651, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II, orang-orang Perak telah membinasakan loji-loji Belanda di Kuala Perak. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hanya pihak Belanda sahaja dibenarkan membeli bijih timah di Perak. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga orang-orang Belanda telah menduduki Pulau Pangkor dan membina sebuah kota di Teluk Gedung bertentangan dengan pantai Teluk Muruk. Pihak Belanda berharap dengan adanya kota yang kuat mereka akan dapat mengawal urusan perniagaan di perairan Perak. Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketahui oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda di Teluk Gedung dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut. Perjanjian demi perjanjian diadakan di antara Belanda dengan negeri Perak, tetapi orang-orang Perak masih enggan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Begitu juga dengan perjanjian perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Mahmud Shah yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1653, tidak mendatangkan apa-apa kesan faedah. 



Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

15 DISEMBER 1945 : PERARAKAN MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU



Pada hari ini dalam tahun 1945, 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union. Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya. hasilnya Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan bersetuju akan menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael.  Kemudiannya perarakan tersebut menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan. Sesungguhnya hari ini dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.


Thursday, 4 December 2014

INTERPERSONAL MENAWAN



1-  Pakaian yang bersesuaian
2-  Tuturkata
3-  Nada suara
4-  Air / Mimik muka
5-  Gaya berjabat tangan
6-  Warna pakaian
7-  Mampu berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat
8-   Tidak terheret dalam perbincangan negatif
9-   Suka senyum
10-  Mudah memaafkan orang lain
11-  Suka membantu orang

MUDAHNYA UNTUK CANTIK




Mudahnya untuk cantik adalah tajuk penulisan yang diperlu di olah menjadi sebuah buku yang banyak sub-sub tajuk  :). Tajuk penulisan ini  telah diminta oleh penceramah Kursus Penulisan untuk dibentangkan pada sesi pembentangan.


Senarai cetusan idea dari ahli-ahli kumpulan adalah seperti berikut:

1-    Pengenalan? (Kenapa dan apakah manfaat?)
2-    Anugerah Allah SWT
3-    Doa Kecantikan
4-    Sunnah Nabi
5-    Gaya hidup sihat
6-    Penjagaan kecantikan luaran dan kesihatan dalaman
7-    Penjagaan Kulit
8-    Melakukan Aktiviti Sihat
9-    Kelihatan muda dari usia
10-  Teknik solekan mengikut majlis
11-  Cantik di mata mertua
12-  Komunikasi yang cantik
13-  Pemakanan kecantikan
14-  Petua kecantikan tradisional
15-  Makanan berkhasiat
16-  Elakkan stress
17-  Pemakaian produk berkualiti
18-  Penyesuaian aksesori
19-  Fesyen terkini lelaki dan wanita
20-  Pemakaian / Imej personaliti menarik (hijab dan pakaian)
21-  Tudung
22-  Jaga kebersihan diri
23-  Perkara yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kecantikan diri
24-  Konflik peranan dan pengurusan masa di pejabat

Sekian, terima kasih..

#sebelum dibuang kertas hasil penulisan dan cetusan-cetusan idea seseorang, adalah lebih elok di coret di laman ini untuk manfaat bersama#

Monday, 22 September 2014

" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."



" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

Apa itu Kolagen?

Jika anda semua perasan, produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia (dan dunia) sebenarnya mengikut trend. Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini, puff badan jadi mantap. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan. And bila dia bosan dengan produk dan cara tertentu, dia akan berubah ke produk yang lain.

Yang terbaru, trend di Malaysia (Mahupun dunia) adalah kolagen (Collagen). Actually, kolagen ni benda yang lama. Amat lama. Cuma, bila aku buka mata sikit, aku nampak orang di sekeliling aku dah mula bercakap pasal kolagen.

Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?

Well, kita semua tahu yang gegirl ni jenis nak nampak cantik dan mantap je setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan banyak drama.


Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.

Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata “Kolagen ni kasi awet muda wehh”. Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?
Pelajar (Perempuan dan lelaki)

- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. Like me and Lefsak.


Artis / celebrity
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.


Mangsa kebakaran 
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.

Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.


Perempuan yang baru lepas bersalin
 - Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.


Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.


Orang yang mempunyai masalah tidur 
- kolagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.


Orang yang mudah sakit
- Tingkatkan imunisasi badan


Apa Itu Pueraria Mirifica / Pueraria Lobata

Pueraria Mirifica atau Pueraria Lobata adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea). Sekurang-kurangnya 76 sub-spesies Pueraria mirifica telah dikenal pasti secara taksinomikal di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya didapati di Asia, Australia, Afrika Utara dan Selatan, Amerika Latin dan Amerika Selatan.

Di Thailand, Ubi ajaib ini tumbuh di hutan pada ketinggian  300 m -800 m dari aras laut dan hanya didapati tumbuh di bahagian utara, barat dan timur laut sahaja, Bahagian tumbuhan ini yang paling berkualiti ialah pada bahagian akar nya yang juga merupakan Ubi pada tumbuhan ini, manakala para perkerja yang bertugas sebagai penuai pula nistilah mendapatkan latuhan khusus daripada jabatan Perhutanan, Kementerian Pertanian , Bangkok Thailand, ini bertujuan bagai mengawal kualiti ubi yang akan dijual kepada pengedar yang berlesen.

Kajian tentang Erkeologi, pengedaran dan juga penanaman Pueraria mirifica telah mula dijalankan oleh Jabatan Biologi Unirversiti Chulalongkong, Bangkok , Thailand sejak tahun 1991 lagi, dan sekarang menjadi tumbuhan kawalan di Thailand

Khasiat Pueraria Mirifica /Pueraria Lobata

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.

Pueraria Mirifica menyegarkan organ dan tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi. Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita. Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman.

Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

Wednesday, 17 September 2014

Just Do It


7 Tips for management success


By: Susan M. Heathfield


An effective manager pays attention to many facets of management, leadership and learning within organizations. So, it's difficult to take the topic of "management success" and say that the following ten items are the most important for success. I will, however, suggest seven management skills without which I don't believe you can be a successful manager.
The most important issue in management success is being a person that others want to follow. Every action you take during your career in an organization helps determine whether people will one day want to follow you.
A successful manager, one whom others want to follow:
  • Builds effective and responsive interpersonal relationships. Reporting staff members, colleagues and executives respect his or her ability to demonstrate caring, collaboration, respect, trust and attentiveness.
  • Communicates effectively in person, print and email. Listening and two-way feedback characterize his or her interaction with others.
  • Builds the team and enables other staff to collaborate more effectively with each other. People feel they have become more - more effective, more creative, more productive - in the presence of a team builder.
  • Understands the financial aspects of the business and sets goals and measures and documents staff progress and success.
  • Knows how to create an environment in which people experience positive morale and recognition and employees are motivated to work hard for the success of the business.
  • Leads by example and provides recognition when others do the same.

  • Helps people grow and develop their skills and capabilities through education and on-the-job learning.
" We will never know the real answer, before you try."

"If you want the respect of others, you must respect yourself first."



"If you want the respect of others, you must respect yourself first."

Personal courage and conflict resolution at work

By : Susan M. Heathfield

Practicing personal courage is necessary if you want to really resolve conflicts at work. It is much easier and much safer to ignore the necessary conflict and play ostrich. Unfortunately, unresolved conflict tends to escalate. It never really disappears because it simmers just below the surface. Think of water that is coming to a boil. It burbles up in the pot sporadically and then finally reaches the boiling temperature. At that point, a full blown rolling, constant boiling is seen on the surface of the water.
Conflict behaves similarly. The water may seem calm, but every once in a while, usually at the worst possible times, the conflict burbles up to the surface once again. Unresolved conflict does not go away; unresolved conflict can turn into a full boil at any time.
Many people are afraid of conflict resolution. They feel threatened by it because they may not get what they want if the other party gets what they want. Even in the best circumstances, conflict resolution is uncomfortable because people are usually unskilled at managing conflict. Finally, people can get hurt in a conflict and, at work, they are still expected to work together effectively every day.

The Benefits of Conflict Resolution

This century's workplace makes conflict resolution more important, but also, more difficult. Team or work cell environments create more conflict as people with different opinions must choose to work together, often in close quarters.
Empowering work environments, in which the traditional reliance on a manager to solve conflicts and make decisions, bring coworkers into more frequent conflict, as they must work issues out for themselves. Conflict resolution also:
  • Causes people to listen to and consider different ideas.
  • Enables people to increase their alternatives and potential paths.
  • Results in increased participation and more ownership of and commitment to the decisions and goals of the group or person.
The goal of the people or the team is not to eliminate conflict but to learn how to manage conflict constructively.
You've decided resolving the conflict is more important than all of the reasons why people avoid conflict. Here are tips to help you practice less scary, less intimidating, more effective and successful conflict resolution, with an individual or a team.

Resolve the Conflict

  • Create an environment that is conducive to successful conflict resolution. Quiet, private settings work the best. Agree prior to sitting down together that the purpose of the meeting is to resolve the conflict. When you make this agreement, all parties arrive prepared.

  • Determine what outcomes you'd like to see as a result of the discussion. A better working relationship? A better solution to the problem? Increased alternatives for successful projects? A broadened understanding of each person's needs and wants? Thoughtful solutions and outcomes are infinite if you are creative.

  • Begin by allowing each party to express their point of view. The purpose of the exchange is to make sure both parties clearly understand the viewpoint of the other. Make sure each party ties their opinions to real performance data and other facts, where possible. This is not the time to discuss; it is the time to ask questions, clarify points for better understanding and truly hear the other's viewpoint.
  • Agree on the difference in the points of view. You must agree on the problem together to begin to search for a solution. Often problems are simply misunderstandings. Clarification can end the need for conflict resolution. Try to focus on the issues, not the personalities of the participants. Don't "you" each other as in, "You always ...
  • Explore and discuss potential solutions and alternatives. Try to focus on both your individual needs and wants and those of the other party. After all, if one party "wins," that means the other party "loses." People who feel as if they have lost, are not effective coworkers. They harbor resentment and may even sabotage your project or relationship. Make sure you discuss the positive and negative possibilities of each suggestion, before you reject any suggested solutions. Build a discussion that is positive and powerful for all parties.
  • Agree on a plan that meets the needs of all parties and the organization. Agree on follow up steps, as necessary, to make the plan work. Agree on what each person will do to solve the conflict. Set clear goals and know how you will measure success.
  • Do what you agreed to do.

With more experience in conflict resolution, you will grow more comfortable with conflict resolution. That's a positive outcome for the workplace. It will foster idea generation, help people get along, minimize negative behaviors and promote the success of all in placing their attention where it belongs - on the customer.


Failure is a part of success

"Every successful person must have a failure. Do not be afraid to fail because failure is a part of success."

Bagaimana untuk Cemerlang dalam Peperiksaan

Dalam kehidupan ini kita tak lari dari menjalani peperiksaan. Tidak kira di sekolah atau kadangkala bagi kenaikkan pangkat ketika bekerja. Malangnya tiada jalan pintas untuk kita berjaya dan setiap orang harus melalui tekanan peperiksaan. Biarpun terdapat segelintir individu yang mampu memperolehi keputusan mengkagumkan dengan hanya sedikit usaha, kebanyakkan kita pula perlu belajar berhempas pulas bagi memastikan keputusan di tahap memuaskan. Walaubagaimanapun dengan teknik yang betul, kita semua mampu mendapat keputusan yang lebih baik dengan mudah.

Langkah 1 : Tentukan matlamat kamu

Mimpikan benda yang hebat dan cuba jadikan ianya kenyataan. Jangan menetapkan matlamat yang senang kamu capai tapi bertindak selangkah lagi ke hadapan. Walaupun selama ini kamu hanyalah pelajar yang hanya mendapat B di dalam setiap subjek yang kamu ambil, jangan impikan untuk berada di takuk lama. Naikkan jangkaan kamu untuk peperiksaan yang akan datang. Fikirkan untuk mendapat A pula bagi semua subjek.

Percayai Diri Kamu.

Langkah pertama bagi mencapai matlamat yang kamu telah tetapkan adalah dengan mempercayai diri kamu sendiri. Selepas itu pastikan kamu cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat terbabit. Walaupun kamu merasa ragu untuk mendapat A dalam kesemua subjek, jangan biarkan usaha kamu berhenti.

Langkah 2 : Strategi peperiksaan

Strategi merupakan tindakan yang di ambil bagi mencapai matlamat. Tentukan bagaimana kamu mahu mencapai A di dalam setiap subjek. Fikirkan cara pembelajaran yang berkesan yang dapat membantu kamu. Sebagai contoh, gunakan soalan peperiksaan yang lepas apabila belajar untuk Sejarah manakala lakukan latih tubi berterusan pula merupakan strategi kamu untuk Matematik. Strategi kamu ini dapat membantu kamu untuk belajar secara pintar tanpa memberikan tekanan yang berlebihan.

Langkah 3 : Lakukan strategi kamu

Seperti yang saya katakana, tiada jalan mudah untuk berjaya. Kamu perlu melakukan apa yang telah kamu rancang dan lakukan ianya dengan konsisten.Ubah cara kamu yang salah.Kebanyakkan pelajar kurang memberi tumpuan apabila guru mengajar. Mereka hanya menyalin nota dan melihat nota terbabit apabila perlu sahaja. Sampai masanya kamu akan mula lupa apa yang di ajar dan perlu mengulangkaji keseluruhan topik bagi mengingatkan kamu tentang apa yang pernah kamu pelajari. Ini bukan sahaja membuang masa, malahan menaikkan lagi beban kepada otak kamu untuk mengingati banyak fakta. Oleh itu beri tumpuan ketika guru mengajar dan biasakan bertanya soalan apabila kamu tidak faham. Biasanya guru akan memberikan tip-tip untuk menguasai sesuatu topik  dan jika kamu terlampau khusyuk menyalin nota kamu mungkin akan terlepas tip-tip terbabit. Apabila kamu pulang ke rumah pastikan kamu mengulangkaji subjek yang kamu telah pelajari pada hari tersebut walaupun tiada kerja rumah. Ini bakal menguji pemahaman kamu dan jika ada yang tidak kamu fahami maka bolehlah di ajukan kepada guru pada hari esok.

Langkah 4 : Taktik mengulangkaji

Ketika ini kamu sepatutnya sudah separuh berjaya di dalam mencapai matlamat kamu. Sekarang merupakan masa di mana kamu harus sentiasa meningkatkan lagi kefahaman dan ingatan kamu terhadap subjek yang di pelajari.Segarkan ingatan kamu.Beberapa minggu sebelum peperiksaan bermula ada baiknya kamu mula membaca nota kamu semula. Pada tahap ini kamu faham dan mengingati apa yang ada pada setiap topik. Mengingati benda yang kamu fahami lebih mudah dari menghafal seluruh nota kamu. Proses mengulang-ulang apa yang kamu baca amat penting. Lebih kerap kamu melakukan sesuatu, lebih mudah ianya untuk kamu mengingatinya kerana ia telah tertanam jauh di dalam diri kamu.Nota ringkas.Ketika ini kamu sepatutnya mempunyai nota ringkas dan padat yang boleh kamu lihat untuk memastikan kamu mengingatinya dengan betul. Pastikan kamu sentiasa melihatnya setiap hari dan 1 jam sebelum peperiksaan berlansung. Ianya bagus untuk memori jangka pendek kamu.

Langkah 5 : Peperiksaan

Selepas semua kerja kuat dan usaha yang kamu telah curahkan, kamu pastinya perlu menghadiri peperiksaan. Tidak perlu merasa gementar kerana kamu telah bersedia untuk menghadapi saat ini. Dengan pemahaman kamu terhadap setiap subjek, ianya pasti amat mudah bagi kamu untuk menjawab soalan yang di ajukan.
Walaupun keraguan timbul di hati kamu hapuskan perasaan gementar dan jawab dengan tenang. Pasti keputusan kamu nanti akan mengejutkan kamu.

PERCAYA KAMU BOLEH!


Jangan mengalah kepada kegagalan dan jangan mengalah sebelum kalah. Jangan dengar kata-kata yang bakal merendahkan motivasi kamu dan teruskan sahaja usaha dalam mencapai matlamat kamu.

Sumber : http://oze.my/memoplusgold/bagaimana-untuk-cemerlang-dalam-peperiksaan/ 

Cara Mendapatkan A dan keputusan yang gempak

Tiada yang lebih menakutkan bagi pelajar selain peperiksaan dan ujian penting. Walaupun keinginan untuk belajar itu ada tetapi ia boleh menjadi sukar tanpa panduan yang betul. Adalah sangat penting untuk membina teknik pembelajaran yang baik di awal persekolahan kamu yang akan membantu kamu sepanjang persekolahan.

Langkah 1 – Cuba bertenang

Jika kamu tidak pernah ponteng kelas dan kamu sentiasa menyiapkan kerja rumah yang di bekalkan guru, kamu sebenarnya sudah mempunyai pengetahuan tentang subjek yang di pelajari. Pengetahuan ini akan membantu kamu di sepanjang ujian. Jangan panik kerana ia hanya menyebabkan keadaan kamu bertambah buruk. Kamu akan lebih tertekan dengan ketakutan kamu dan menghancurkan peluang untuk melakukan yang terbaik untuk peperiksaan. Jika kamu panik, tarik nafas sedalamnya dan lepaskan ia dan fikirkan kamu boleh melakukannya.
Kamu juga perlu menyedari bahawa kamu perlu belajar seawalnya. Segelintir orang belajar sehari sebelum peperiksaan dan mereka biasanya mengalami masalah untuk mengingati banyak informasi di dalam masa yang singkat. Malahan ingatan jangka panjang mereka juga tidak akan berfungsi dan mungkin menyebabkan ulangkaji terbabit sia-sia sahaja. Oleh itu belajar lebih awal dan pastikan kamu berehat selama 5 ke 10 minit setiap kali.

Langkah 2 – Tentukan topik yang penting untuk di utamakan

Kebanyakkan peperiksaan merangkumi topik yang tertentu dan kamu boleh menjimatkan masa untuk ulangkaji jika kamu tahu topik apa yang bakal di keluarkan. Tanya pendapat guru atau pensyarah kamu tetapi jangan pula abaikan topik-topik yang lain. Selain itu bentuk soalan juga perlu kamu kenalpasti supaya kamu dapat menyesuaikan diri dengan jawapan yang bakal kamu berikan. Lihat soalan-soalan daripada peperiksaan yang lepas.

Langkah 3 – Cipta satu jadual pembelajaran

Mungkin bagi kamu ianya tugas yang ringkas dan asas tetapi orang yang mempunyai jadual pembelajaran dapat belajar dengan lebih mudah. Malahan mereka mempunyai masa untuk berehat dan keluar bergembira. Apabila kamu membuat jadual pembelajaran, pastikan masa itu adalah di antara sekarang dan hari peperiksaan. Rancang masa kamu dengan bijak dan pastikan setiap setengah jam kamu belajar, kamu mengambil 10 minit rehat selepas itu.

Langkah 4 – Pilih cara pembelajaran

Cara pembelajaran termasuklah menggunakan warna, gambar atau peta minda. Sesetengah orang boleh belajar dan mengingati dengan lebih mudah melalui warna terpilih manakala sesetengah orang lebih mudah mengingati gambarajah. Gunakan cara yang berkesan bagi kamu  tidak kira pilihan yang mana. Tidak guna kamu membaca seluruh karangan jika kamu lebih mudah mengingati apabila melihat gambar. Ingat, setiap orang mempunya kesesuaian mereka sendiri jadi jangan meniru cara kawan kamu.
Gunakan alatan seperti kad bergambar untuk membantu kamu mengingat ataupun dengan menggunakan pen berwarna di nota kamu. Pastikan kamu belajar secara pintar dan bukannya berusaha membuta tuli.

Langkah 5 – Ambil nota

Mengambil nota dan bertanya soalan. Tidak pernah ada perkataan terlambat ketika bersedia untuk peperiksaan. Biasanya satu sesi akan di jalankan oleh guru atau pensyarah menjelang peperiksaan bagi mengulangkaji. Jika kamu telah membaca topik terbabit dan tidak memahaminya, tanya soalan. Jangan merasa malu kerana ini menunjukkan kamu belajar dan ingin berjaya di dalam peperiksaan.

Langkah 6 – Kumpulkan sumber

Buku teks, nota, sumber dari internet, rakan-rakan, guru dan mungkin juga ahli keluarga boleh menjadi sumber anda. Kerja rumah yang pernah di berikan oleh guru juga merupakan satu sumber untuk kamu pelajari.

Langkah 7 – Meminta bantuan

Tiada markah bonus sekiranya kamu melakukannya seorang diri. Rakan sekelas boleh menjadi bantuan yang sangat bagus bagi kamu. Selain itu kamu juga boleh meminta bantuan dari ibubapa atau adik-beradik ketika belajar. Kumpulan belajar merupakan salah satu cara yang sangat bagus untuk belajar. Kamu boleh berbincang, mencari idea baru dan menyelesaikan pelbagai soalan di dalam kumpulan itu. Tetapi, hati-hati ketika memilih ahli kumpulan supaya kamu tidak tersalah haluan.

Langkah 8 – Mengingati

Ingati sebanyak yang mungkin maklumat yang berguna. Kunci kepada kecemerlangan adalah dengan mengingati semua informasi yang berkaitan. Cari teknik atau cara yang memudahkan kamu mengingati seperti mnemonic, nota ringkas, peta minda dan sebagainya.

Langkah 9 – Selitkan waktu belajar

Walaupun pendek, ulangkaji yang di lakukan berulang kali lebih baik dari masa belajar yang panjang. Lihat nota ringkas kamu ketika menunggu bas atau ketika kamu bersarapan. Bacakan secara kuat informasi yang kamu ingin ingati ketika mandi ataupun bermain teka-teki ketika waktu makan tengah hari dengan kawan-kawan kamu.

Langkah 10 – Berikan diri kamu hadiah

Ini pastinya dapat membantu diri kamu untuk berusaha dengan lebih lagi. Untuk setiap tahap pencapaian berikan diri kamu hadiah bagi menghargai usaha yang telah kamu taburkan. Ia bukan sahaja dapat menggembirakan hati kamu malahan kamu juga akan rasa bersemangat untuk berusaha dengan lebih giat lagi.

Langkah 11 – Bersiap sedia untuk peperiksaan atau ujian

Pastikan kamu ada apa sahaja yang di perlukan sehari sebelum tarikh peperiksaa/ujian yang bakal kamu hadapi. Jika kamu memerlukan pensel 2B, mekanikal pensel atau kalkulator saintifik, pastikan ianya berfungsi dan sedia untuk di gunakan. Dengan bersiap sedia lebih awal kamu akan merasa yakin dan tidak kelam kabut pada keesokkan harinya. Pastikan juga jam loceng kamu telah di setkan supaya kamu tidak lambat untuk bangun. Jangan lupa untuk bersarapan sebelum kamu bergerak ke dewan peperiksaan juga.

Langkah 12 – Makan dengan betul

Nutrisi yang baik amat penting untuk mengingati. Jauhkan diri kamu dari makanan yang sangat manis dan berlemak seperti aiskrim dan biskut. Gantikan dengan snek yang sihat seperti badam ataupun yogurt. Kamu juga perlu minum air masak dengan lebih banyak.Selain itu pengambilan Memo Plus Gold setiap hari juga dapat membantu menguatkan Ingatan kamu supaya memudahkan kamu menjawab soalan.
Inilah antara perkara yang perlu kamu lakukan untuk mendapatkan  A di dalam setiap peperiksaan dan ujian kamu. Bersedia fizikal dan mental dapat memastikan kecemerlangan di dalam gengaman kamu.

Selamat Berjaya!

Sumber : http://oze.my/memoplusgold/cara-mendapatkan-bahagian-pertama/

Today is a new day. Even If you were wrong yesterday. You can get right today




Simbolik kata:

Jangan mudah berputus asa dalam mencapai sesuatu

kerana usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil

Sumber : BIPSMJPM

PUSAT PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PUSPANITA (PUTRAJAYA) MULA BEROPERASI 25 OGOS 2014




PUSAT PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PUSPANITA  akan beroperasi sepenuhnya mulai hari ini, 25 Ogos 2014. Ia akan beroperasi setiap hari  Isnin hingga Jumaat, dari  jam 8.00 pagi - 5.00 petang di di PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-
  • pemeriksaan fizikal
  • pengambilan darah untuk ujian makmal (glukosa, lipid)
  • Saringan pemeriksaan wanita dewasa
  • ujian saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan kendiri pelbagai parameter fizikal menggunakan mesin
  • pemeriksaan ketumpatan tulang
  • pemeriksaan imbasan ultrasound umum
  • pekhidmatan perancang keluarga
  • perkhidmatan pra-kehamilan
  • pemeriksaan gigi 

Pusat pemeriksaan ini dibuka khas untuk SEMUA WANITA berumur 18 tahun ke atas sahaja.  Sebarang urusan  temujanji, boleh berhubung terus dengan PUSAT PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA PUSPANITA di talian 03-88881091 / 1090 atau no faks 03-88881080. 






Dreams Don't Work Unless You Do


Sesuatu impian tidak akan menjadi kenyataan sehinggalah kita bertindak untuk melaksanakannya

Sumber  : BIPSMJPM

PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG YANG PERTAMA


Pada 2 September 1957, DYMM Tuanku Sir Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah ditabalkan dengan rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama. Pertabalan ini  diiringi oleh tembakan meriam 21 das dan nobat. Istiadat pertabalan yang gilang-gemilang itu  berlangsung di Balairong Seri Istana Negara dan  dihadiri oleh lebih 500 orang jemputan khas termasuk Raja-raja Melayu, Sultan Brunei, Gabenor-gabenor Melaka dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet, tetamu-tetamu khas dari dalam dan luar termasuk Duke of Gloucester yang mewakili Baginda Queen. Datuk Paduka Maharajalela kemudian membawa masuk sebuah Al-Quran, sebilah keris panjang Diraja, surat pengisytiharan dan surat sumpah untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Setelah menerima keris tersebut, baginda telah menghunus dan menciumnya sekali. Baginda kemudian membaca surat sumpah, setelah selesai Datuk Paduka Maharajalela pun menyeru 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali berturut-turut dan disambut oleh sekalian yang hadir. Seruan ini diiringi pula dengan permainan nobat tanda 'raja bertabal'. Setelah itu, surat pengisytiharan pertabalan Yang di-Pertuan Agong dibaca dan istiadat diakhiri dengan bacaan doa. Pelantikan Yang di-Pertuan Agong pertama pada hari ini dalam tahun 1957 sesungguhnya telah melambangkan kebesaran dan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua negara, bagi semua negara yang berdaulat dan merdeka.



Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

KEPUTUSAN MENERIMA PERCANTUMAN SINGAPURA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU OLEH RAKYAT SINGAPURA

Pada 2 September 1962, Kerajaan Singapura menerima keputusan undi terbanyak dari rakyat yang menyetujui percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.  Pungutan suara ini dibuat berikutan dengan cadangan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra untuk mengadakan persefahaman antara Britain dan rakyat di Wilayah Singapura, Sabah, Brunei dan Sarawak, pada Mei 1961.  

Cadangan yang dikemukakan oleh Tunku ini dikenali sebagai rancangan penubuhan Malaysia.  Sehubungan dengan ini beberapa persetujuan telah dicapai daripada perundingan-perundingan percantuman yang diadakan, tetapi sebelum keputusan muktamad dibuat pendapat rakyat hendaklah diperolehi.  Keputusan pungutan suara yang diumumkan pada jam 11.15  di Dewan Badminton Singapura ini jelas membuktikan penerimaan rakyat Singapura terhadap rancangan percantuman Singapura dan Tanah Melayu.  Ia juga bermakna Singapura memperolehi kemenangan cemerlang mengalahkan kaum komunis dan penyokongnya yang menyeru rakyat memberi undi kosong kepada cadangan tersebut.  

Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew menyifatkan keputusan ini sebagai ‘jelas dan muktamad’ daripada rakyat yang menghendaki percantuman dalam Malaysia.  Kaum komunis dan penyokongnya hendaklah menerima kemahuan rakyat melalui undi yang bebas dan demokratik ini secara terbuka walaupun kepada mereka ianya merupakan satu hakikat yang berat untuk diterima.  Encik Lee Kuan Yew juga menyatakan bahawa kerajaan telah berusaha sedapatnya untuk menjamin kedudukan rakyat Singapura dan merasa sukacita bahawa sebahagian besar rakyat Singapura menyokong usaha tersebut.  Dalam pungutan suara ini undi yang menyokong usul percantuman kerajaan ialah 71% berbanding 23% undi kosong.  Keputusan ini akan dihantar kepada Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai oleh 17 negara.  

Setelah berbagai usaha diadakan Malaysia yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan kewujudannya pada 16 September 1963.  Malangnya, setelah melalui berbagai rintangan dalam sebuah kerajaan dan pemerintahan, Singapura kemudiannya telah keluar dari Persekutuan Malaysia di pertengahan tahun 1965 akibat tindak tanduk beberapa orang pemimpin Singapura yang meletakkan perhubungan kedua negara dalam keadaan tegang dan genting.  Sessungguhnya pemberiaan hak rakyat untuk menentukan kerajaan dan pemerintah yang mereka pilih akan menjadi tidak bermakna andaikata sesetengah pemimpinnya bersikap tidak jujur di atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.


Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

GST: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sila klik pautan di bawah:


GST: Apa Yang Anda Perlu Tahu olahan Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Diharap ia dapat membantu merealisasikan agenda nasional yang telah digariskan oleh kerajaan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020 seperti yang dicita-citakan.




Batu Karang Penyakit Lelaki?

BATU karang adalah satu masalah yang kerap ditemui dan boleh berlaku kepada setiap seorang daripada 10 orang.

Risiko untuk mendapat batu karang adalah lima hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap 1,000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang.

Kejadian batu karang kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun.

Pabila berbincang berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah lelaki.

Pelik tapi benar, berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.

Nisbah sebanyak tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.
Menurut Pakar Perunding Urologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Suresh Sabaratnam, masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka.

“Antara punca lelaki senang terkena penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.

“Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya.

“Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan berlaku penghidratan.

“Malah, mereka kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat,” terangnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ujarnya lagi, ia tidak ada kaitan dengan hormon masing-masing yang berbeza.

Ada kajian turut menyatakan lelaki lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita.

Kerosakan pada tisu otot setiap hari menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu.

Saluran urin yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut.
Sambung Dr. Suresh, apa yang penting tidak kira lelaki atau perempuan perlu mengubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

“Namun, kebelakangan ini bilangan wanita menghidap masalah ini turut bertambah disebabkan diet mereka,” ujarnya.

Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas.

Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk sahaja di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi.

Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Pencegahan dan rawatan

Jelas Dr. Suresh, batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup.

Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap batu karang.

Melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, anda digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat.

Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang dapat mengatasi masalah ini.

Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat serta banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

Sumber protein haiwan perlu dikurangkan sebaliknya menggantikannya dengan protein tumbuh-tumbuhan.
Rawatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka ubat yang diambil dapat mengelakkan masalah ini berulang.

Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian supaya para doktor dapat menentukan punca terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan perubatan.

Ditapis

Batu ini boleh ditapis melalui kencing dengan penapis teh atau kertas turas seperti penapis kopi.
Batu karang asid urik dan systine dapat dihancurkan melalui ubat-ubatan.

Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk dikeluarkan sendiri dan memudaratkan pesakit, pembedahan perlu dilakukan.

Penyakit ginjal ini memerlukan rawatan sepanjang hayat dan jika ianya tersekat dan berlakunya perebakan kuman, ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

“Ia adalah masalah biasa dihidapi tetapi ramai yang tidak sedar mengenainya.

“Hampir semua hospital kerajaan dan swasta di Malaysia mempunyai peralatan dan cara merawatnya.

“Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah batu karang ataupun berdepan dengan tanda-tandanya, segeralah bertemu dengan pakar,” saran Dr. Suresh yang turut merasakan rawatan alternatif tidak baik untuk jangka masa panjang.

Sumber :  MINGGUAN MALAYSIA