Make History To Help Others

Make History To Help Others

Monday, 15 December 2014

15 DISEMBER 1653 : PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA BELANDA DENGAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH DITANDATANGANI




Pada hari ini 15.12.1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Trujiman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan seperti ini pernah dibuat di antara Belanda dengan Sultan Perak sebelumnya, (1650). Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak masih lagi diawasi oleh pihak Belanda. Pihak Belanda telah menuntut ganti rugi daripada Sultan Mahmud Iskandar Shah kerana dalam tahun 1651, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II, orang-orang Perak telah membinasakan loji-loji Belanda di Kuala Perak. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hanya pihak Belanda sahaja dibenarkan membeli bijih timah di Perak. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga orang-orang Belanda telah menduduki Pulau Pangkor dan membina sebuah kota di Teluk Gedung bertentangan dengan pantai Teluk Muruk. Pihak Belanda berharap dengan adanya kota yang kuat mereka akan dapat mengawal urusan perniagaan di perairan Perak. Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketahui oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda di Teluk Gedung dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut. Perjanjian demi perjanjian diadakan di antara Belanda dengan negeri Perak, tetapi orang-orang Perak masih enggan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Begitu juga dengan perjanjian perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Mahmud Shah yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1653, tidak mendatangkan apa-apa kesan faedah. 



Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

15 DISEMBER 1945 : PERARAKAN MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU



Pada hari ini dalam tahun 1945, 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union. Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya. hasilnya Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan bersetuju akan menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael.  Kemudiannya perarakan tersebut menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan. Sesungguhnya hari ini dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.


Thursday, 4 December 2014

INTERPERSONAL MENAWAN



1-  Pakaian yang bersesuaian
2-  Tuturkata
3-  Nada suara
4-  Air / Mimik muka
5-  Gaya berjabat tangan
6-  Warna pakaian
7-  Mampu berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat
8-   Tidak terheret dalam perbincangan negatif
9-   Suka senyum
10-  Mudah memaafkan orang lain
11-  Suka membantu orang

MUDAHNYA UNTUK CANTIK




Mudahnya untuk cantik adalah tajuk penulisan yang diperlu di olah menjadi sebuah buku yang banyak sub-sub tajuk  :). Tajuk penulisan ini  telah diminta oleh penceramah Kursus Penulisan untuk dibentangkan pada sesi pembentangan.


Senarai cetusan idea dari ahli-ahli kumpulan adalah seperti berikut:

1-    Pengenalan? (Kenapa dan apakah manfaat?)
2-    Anugerah Allah SWT
3-    Doa Kecantikan
4-    Sunnah Nabi
5-    Gaya hidup sihat
6-    Penjagaan kecantikan luaran dan kesihatan dalaman
7-    Penjagaan Kulit
8-    Melakukan Aktiviti Sihat
9-    Kelihatan muda dari usia
10-  Teknik solekan mengikut majlis
11-  Cantik di mata mertua
12-  Komunikasi yang cantik
13-  Pemakanan kecantikan
14-  Petua kecantikan tradisional
15-  Makanan berkhasiat
16-  Elakkan stress
17-  Pemakaian produk berkualiti
18-  Penyesuaian aksesori
19-  Fesyen terkini lelaki dan wanita
20-  Pemakaian / Imej personaliti menarik (hijab dan pakaian)
21-  Tudung
22-  Jaga kebersihan diri
23-  Perkara yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kecantikan diri
24-  Konflik peranan dan pengurusan masa di pejabat

Sekian, terima kasih..

#sebelum dibuang kertas hasil penulisan dan cetusan-cetusan idea seseorang, adalah lebih elok di coret di laman ini untuk manfaat bersama#