ku harap segala perkongsian kata-kata di dalam blog ini membawa pengertian bermakna dan membawa kesenangan kepada semua. insha'allah....
Make History To Help Others
Friday, 29 August 2014
Wednesday, 20 August 2014
HARI INI DALAM SEJARAH (19 OGOS) - PILIHANRAYA UMUM YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA
Pada hari ini dalam tahun 1959,
Pilihanraya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah
diadakan. Melalui pilihanraya ini, buat pertama kalinya penduduk Tanah Melayu
berpeluang menentukan sendiri peruntukan kerusi dan perjalanan pilihan raya.
Pilihanraya kali ini telah menyaksikan kenaikan peratus pengundi bagi tiap kaum
iaitu 57% bagi pengundi-pengundi Melayu, 30% Cina dan 7% India. Jumlah kerusi
yang dipertandingkan juga bertambah dari 52 pada tahun 1955 menjadi 104 pada
tahun 1959. Antara parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya ini ialah
Parti Perikatan yang dia anggotai oleh UMNO, MCA dan MIC, Parti Negara, Parti
Malaya (Malayan Party), Parti Islam SeTanah Melayu dan beberapa orang calon
bebas. Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang
dipertandingkan. Berikutan kemenangan besar Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman
selaku Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri telah membentuk kabinet
pertama selepas merdeka yang bebas daripada campur tangan penjajah Inggeris.
HARI INI DALAM SEJARAH (19 OGOS) - PERTEMPURAN DI MARUDU, SARAWAK
Pada hari ini dalam tahun 1845, satu
pertempuran antara tentera Inggeris dan pasukan tentera Syarif Isman di Marudu,
Sarawak telah berlaku. Syarif Osman yang merupakan salah seorang pembesar dan
ketua yang memerintah Marudu telah melancarkan penentangannya ke atas James
Brooke. Di samping itu beliau juga turut dibantu oleh Syarif Sahab Malar
dan beberapa orang lain dalam meneruskan usaha penentangannya ini. Syarif Osman
lazimnya melancarkan serangannya ke atas James Brooke melalui jalan laut.
Ini menyebabkan pihak musuh mengalami tekanan hebat hasil dari serangan yang
dilancarkan oleh Syarif Osman. Selain itu juga berjuangan Syarif
Osman ini turut mendapat sokongan Syed Yusof yang merupakan Perdana Menteri
Sultan Brunei pada masa itu. Ini kerana Syed Yusof juga bencikan
campurtangan Inggeris ke atas kubu-kubu Brunei pada bulan Oktober 1844.
Bagi mengatasi masalah ini James Brooke telah meminta bantuan ketenteraan dari
pihak Inggeris di Singapura dan melancarkan serangan memusnahkan kubu Syarif
Isman di Murudu. Dalam serangan ini Syarif Osman telah terbunuh dan
sekaligus telah mengakhiri satu lagi penentangan penduduk tempatan terhadap
Inggeris.
Alhamdulillah...
Akulah Penyambung Warisan
ku harap ia membawa seribu erti
walaupun hanya secoret kata
ku harap membawa seribu makna
Terima kasih Ya Allah
Tanpa kurniaanmu aku tak mampu....
ku harap ia membawa seribu erti
walaupun hanya secoret kata
ku harap membawa seribu makna
Terima kasih Ya Allah
Tanpa kurniaanmu aku tak mampu....
Subscribe to:
Posts (Atom)