Make History To Help Others

Make History To Help Others

Monday, 15 December 2014

15 DISEMBER 1653 : PERJANJIAN PERDAGANGAN DI ANTARA BELANDA DENGAN SULTAN MAHMUD ISKANDAR SHAH DITANDATANGANI




Pada hari ini 15.12.1653, satu Perjanjian Perdagangan di antara Belanda yang diwakili oleh Joan Trujiman dengan Sultan Perak, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah ditandatangani. Perjanjian Perdagangan seperti ini pernah dibuat di antara Belanda dengan Sultan Perak sebelumnya, (1650). Perjanjian ini dibuat ketika negeri Perak masih lagi diawasi oleh pihak Belanda. Pihak Belanda telah menuntut ganti rugi daripada Sultan Mahmud Iskandar Shah kerana dalam tahun 1651, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah II, orang-orang Perak telah membinasakan loji-loji Belanda di Kuala Perak. Perjanjian ini juga menyatakan bahawa hanya pihak Belanda sahaja dibenarkan membeli bijih timah di Perak. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga orang-orang Belanda telah menduduki Pulau Pangkor dan membina sebuah kota di Teluk Gedung bertentangan dengan pantai Teluk Muruk. Pihak Belanda berharap dengan adanya kota yang kuat mereka akan dapat mengawal urusan perniagaan di perairan Perak. Tetapi dalam tahun 1690 orang-orang Perak dengan diketahui oleh Panglima Kulub telah menyerang kota Belanda di Teluk Gedung dan berjaya mengusir orang-orang Belanda dari kota tersebut. Perjanjian demi perjanjian diadakan di antara Belanda dengan negeri Perak, tetapi orang-orang Perak masih enggan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Begitu juga dengan perjanjian perdagangan di antara Belanda dengan Sultan Mahmud Shah yang ditandatangani pada hari ini dalam tahun 1653, tidak mendatangkan apa-apa kesan faedah. 



Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA

15 DISEMBER 1945 : PERARAKAN MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU



Pada hari ini dalam tahun 1945, 10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union. Perarakan ini diadakan berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu. Perarakan tersebut telah menuju ke rumah Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan orang Melayu seluruhnya. hasilnya Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan bersetuju akan menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael.  Kemudiannya perarakan tersebut menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan. Sesungguhnya hari ini dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.


Thursday, 4 December 2014

INTERPERSONAL MENAWAN



1-  Pakaian yang bersesuaian
2-  Tuturkata
3-  Nada suara
4-  Air / Mimik muka
5-  Gaya berjabat tangan
6-  Warna pakaian
7-  Mampu berkawan dengan pelbagai lapisan masyarakat
8-   Tidak terheret dalam perbincangan negatif
9-   Suka senyum
10-  Mudah memaafkan orang lain
11-  Suka membantu orang

MUDAHNYA UNTUK CANTIK




Mudahnya untuk cantik adalah tajuk penulisan yang diperlu di olah menjadi sebuah buku yang banyak sub-sub tajuk  :). Tajuk penulisan ini  telah diminta oleh penceramah Kursus Penulisan untuk dibentangkan pada sesi pembentangan.


Senarai cetusan idea dari ahli-ahli kumpulan adalah seperti berikut:

1-    Pengenalan? (Kenapa dan apakah manfaat?)
2-    Anugerah Allah SWT
3-    Doa Kecantikan
4-    Sunnah Nabi
5-    Gaya hidup sihat
6-    Penjagaan kecantikan luaran dan kesihatan dalaman
7-    Penjagaan Kulit
8-    Melakukan Aktiviti Sihat
9-    Kelihatan muda dari usia
10-  Teknik solekan mengikut majlis
11-  Cantik di mata mertua
12-  Komunikasi yang cantik
13-  Pemakanan kecantikan
14-  Petua kecantikan tradisional
15-  Makanan berkhasiat
16-  Elakkan stress
17-  Pemakaian produk berkualiti
18-  Penyesuaian aksesori
19-  Fesyen terkini lelaki dan wanita
20-  Pemakaian / Imej personaliti menarik (hijab dan pakaian)
21-  Tudung
22-  Jaga kebersihan diri
23-  Perkara yang perlu dielakkan untuk mengekalkan kecantikan diri
24-  Konflik peranan dan pengurusan masa di pejabat

Sekian, terima kasih..

#sebelum dibuang kertas hasil penulisan dan cetusan-cetusan idea seseorang, adalah lebih elok di coret di laman ini untuk manfaat bersama#

Monday, 22 September 2014

" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."



" Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

Apa itu Kolagen?

Jika anda semua perasan, produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia (dan dunia) sebenarnya mengikut trend. Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini, puff badan jadi mantap. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan. And bila dia bosan dengan produk dan cara tertentu, dia akan berubah ke produk yang lain.

Yang terbaru, trend di Malaysia (Mahupun dunia) adalah kolagen (Collagen). Actually, kolagen ni benda yang lama. Amat lama. Cuma, bila aku buka mata sikit, aku nampak orang di sekeliling aku dah mula bercakap pasal kolagen.

Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?

Well, kita semua tahu yang gegirl ni jenis nak nampak cantik dan mantap je setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan banyak drama.


Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.

Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata “Kolagen ni kasi awet muda wehh”. Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?
Pelajar (Perempuan dan lelaki)

- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. Like me and Lefsak.


Artis / celebrity
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.


Mangsa kebakaran 
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.

Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.


Perempuan yang baru lepas bersalin
 - Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.


Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.


Orang yang mempunyai masalah tidur 
- kolagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.


Orang yang mudah sakit
- Tingkatkan imunisasi badan


Apa Itu Pueraria Mirifica / Pueraria Lobata

Pueraria Mirifica atau Pueraria Lobata adalah satu herba yang berasal daripada Thailand, di mana ianya dikenali sebagai “White Kwaaw Krau”. Ianya termasuk dalam keluarga Leguminosa, sub-keluarga Papilionoda (keluarga kacang soya, kacang dan kacang pea). Sekurang-kurangnya 76 sub-spesies Pueraria mirifica telah dikenal pasti secara taksinomikal di seluruh dunia, kebanyakan daripadanya didapati di Asia, Australia, Afrika Utara dan Selatan, Amerika Latin dan Amerika Selatan.

Di Thailand, Ubi ajaib ini tumbuh di hutan pada ketinggian  300 m -800 m dari aras laut dan hanya didapati tumbuh di bahagian utara, barat dan timur laut sahaja, Bahagian tumbuhan ini yang paling berkualiti ialah pada bahagian akar nya yang juga merupakan Ubi pada tumbuhan ini, manakala para perkerja yang bertugas sebagai penuai pula nistilah mendapatkan latuhan khusus daripada jabatan Perhutanan, Kementerian Pertanian , Bangkok Thailand, ini bertujuan bagai mengawal kualiti ubi yang akan dijual kepada pengedar yang berlesen.

Kajian tentang Erkeologi, pengedaran dan juga penanaman Pueraria mirifica telah mula dijalankan oleh Jabatan Biologi Unirversiti Chulalongkong, Bangkok , Thailand sejak tahun 1991 lagi, dan sekarang menjadi tumbuhan kawalan di Thailand

Khasiat Pueraria Mirifica /Pueraria Lobata

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara. Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap.

Pueraria Mirifica menyegarkan organ dan tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi. Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita. Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman.

Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.